Sunday 6 March 2011

ingt, ppl look on us.. with full hope in their eyes~
awk akn rasa mcm mn, ahli keluarga peluk awk erat bila awk kuar drp operation hall... bertapa mrk taruhkan harapan dgn kita
Report · 10:34
sebak pulak sy dgr ni ermm haha
best2
situasi kat hospital awam
camne tu??
 
Report · 10:35
yup..
sy kurang pasti di semenanjung
sy keja di h.umum srwk..
org2 kmpung xder duit..
dtg dgn apa yg mrk ada..
kdg2 naik bas, jalan kaki ke hospital..
bwk mknan dlm bakol rotamm
rotan..
..
Report · 10:36
erkkk
Report · 10:37
sy sgt sedih bila tgk makcik2 nie tunggu dpan ward
..
bila awk lalu dgn baju puteh awk..
Report · 10:37
skali lagi sy tunduk
Report · 10:37
makcik2 nie tgk, mendongak dgn kita..
bertpa mrk berharap dgn kita..
awk cuba tgk, wjah2 tua mkcik2, pakcik2, tngn dn muka, kelopak mata yang dh kedut..
menangih harapan yang KITA nie, doktor xder kuasa nie, mmbntu mrk..
sebb tu, sy ckp, kita kena jalan rendah di tgh ramai, dgn penuh senyum dimuka.. wlaupun hati bergelora nk bagai~
Report · 10:39
T_T oh mcm tu.. emosi sy tersentuh
tq dokter
sbb bgtau menda ni
kalau x
sy tak tau pun..
Report · 10:40
heh!!
Report · 10:40
bukan tak tau
Report · 10:40
luka kepala baru tauuu~
Report · 10:40
tp x sedar
Report · 10:40
kalu awk keja di hospital swasta,
Report · 10:40
kalau sy ty senior2 pun
Report · 10:40
org kaya byk duit..
Report · 10:41
ntah2 diorang x pnah pikir tentang harapan
patients
Report · 10:41
mrk bukan tunduk mrayu dgn kita, mendagu dn meningking adalah lumrah..
why? " i pay for this service"
..
Report · 10:41
aha..
tu agak2 nye
hati rase remuk x?
Report · 10:42
but working in general hospital, where mostly moderate, u can sense and feel it..
bertapa bersyukurnyer kita macam nie
..
tetambh bila awk tgk pesakit awk dh baik dn semboh...
dlm kess2 sy (jgn jadikan reference), bila dh abez operation otak, family akn kata, ank dia akn lumpuh.. ilang ingatan...
Report · 10:43
wah indah btol explaination dokter ^_^^_^
Report · 10:43
di situ lah, kita kena mainkan peranan..
Report · 10:43
ermm
Report · 10:44
sorry, kalu ayt berbunga..
Report · 10:44
ok2
sy suka
Report · 10:44
tp, i owes belive in heart in doing my work..
for whom and why?
then, awk akn enjoy...
Report · 10:45
ermm
bru sy paham
blt dokter bg exposure ni
*ble
seperti bersemangat
Report · 10:46
xder lah awk..
aihh~
kalu awk tnya org lain pown.. dia akn kata benda yang samaa~
Report · 10:46
eh sy betol2 ni
sbb dokter lain x online
-padahal mmg x de fb dokter lain
Report · 10:47
yer ker?
apasal semua mmber sy yg HO/ MD ok jer onlineee!

Friday 25 February 2011

Gelagat bayi Rusia dan Ibunya

Baby ni comel, kalau Rusia???
Kali kita menggelabah nak cerita tentang bayi-bayi rusia, ataupun kanak-kanak Rusia dengan ibunya. Dah lama I perhati hubungan antara ibu dan anaq-anaqnyah di Rusia, yang mana sangat pelik dan kadang-kadang lucu bagai. Isunya adalah orang rusia sememangnya dilahirkan dengan semangat kasar dan komunisnya. Kekasaran mereka adalah disebabkan oleh 75 tahun jajahan komunis dan tekanan. Maka, produknya adalah kasar, tak kesah la bayi deq, datin ke deq. asalkan memang orang rusia memang macam tu.

Bayi dan Ibu Rusia 1:
Seorang anak berjalan dengan ibunya, tanpa jalan tengok ke hadapan. Tengok ke hadapan je tau,  dan lantas Ibunya marah seperti warden penjara baru lepas cerai. "Ostorozhno!!" (be careful!) Dan tangan ibu terus memukul anak. 

Bayi dan Ibu Rusia 2:
Seorang kanak-kanak perempuan, yang sangat comel, dan I teringin untuk lambung-lambung dia sebab comel occay deq? Isu ini dalam bus, ibunya berdiri, bayinya duduk. 10 minit kemudian, bayi bangun dan buat-buat jelir lidah. "Shto esh'? Morozhenoe?" (makan pe? aiskrim?) namun nada si ibu sangat lemah lembut.. ha, ada pun lemah lembut sang ibu,.."Sadi, ne khochesh? devochka khochet saditsa." (nak duduk taknak? budak perempuan sebelah tu nak duduk.") tapi nada ni dah macam ahli sihir pulak. kan I dah kata, diorang ni kasaq tak gitew ke deq?

Bayi dan Ibu Rusia 3:
Sang ibu, melarang anaknya main tingkap bus, yang mana selalunya, salji akan timbul atas tingkap dalam bus. " Nelzya! Ne stirai!" (jangan bersihkan) kemudian anaknya menangis mendengar suara puaka ibunya, seperti dilayan oleh mak tiri  bawang putih. Baby berkata "Ladno, ya poedu domoi pishkom" (takpe.. saya jalan kaki balik rumah). Ibunya " Khorosho, a ya dayu tebe sneg". (takpe, mak bagi kau saji).tapi nada memang tak leh bla, cakap macam askar. Tapi lepas tu, dia usap kepala anak dia dengan lembah lembut. Ada lah jugak perasaan seorang ibu..kan? asyik macam hantu je, nak jugak lemah lembut deq..

Alhamdulillah, sekarang I dah boleh paham ape Russian cakap-cakap. Kalau mase first-first sampai, merangkak kau deq, terhegeh-hegeh nak paham pe diorang cakap. Siap kalau dia cakap ape, cara-cara utk buat-buat paham adalah mengatakan "Da" iaitu yes.

Kadang-kadang terdengar jugak diorang mengumpat pasal Asian. Terutamanya bila nampak Asian ni berbadan kecil molek comel macam I. Sesenang je dia nak lanyak. Tapi apa-apa pun, sangat seronok bila ada 3rd language. I rase dah ramai ada 3rd language kan.. tipu la kaw deq, abang kau ni tau kau baca Koran kan. mesti paham sikit2.

Yang pelik sini, pattern kanak-kanak bercakap, sama macam org besar cakap. Homaigucci! I sangat terkejut bile degar pattern baby bercakap adalah sama, cuma suara dia je kecik. Kalau di Malaysia, kita dapat bezakan style kanak-kanak, dan style dewasa. Wah, nak puji negara sendiri lebih-lebih, memang tak habis. 

Itulah melayu..  memiliki bahasa yang lembut.. cakap lelembut.. berkias .. puitis


















Thursday 24 February 2011

Jom Sambut Birthday sama-sama..

Kita menggelabah lagi kali ni untuk I bincang topik birthday atau hari lahir, atau pun hari lahir juga beranak. Rasenye semua orang sambut birthday masing-masing, siap nenek-nenek pun masih gelabah nak sambut kan?,

Satu perkara normal bila ada sambutan, motifnya adalah untuk menzahirkan rasa syukur kepada yang Esa, tak kiralah kau umor berapa deq, asal lanjut, kene syukur dan ingat lah mati dah dekat deq.. Bagi lelakis, memang satu kesukaran nak mengapal birthday2 orang, terutama rakan lelaki sendiri. kalau birthday awek kau, 0000am kau dah gelabah tepon kan

Macam I, I banyak hengat birthday kawan-kawan yang lahir bulan Feb, sebab my birthday bulan 2 jugak.I seperti biasa kalau topik ni, mestilah ada kaitan dengan life I sendiri kan, Dalam batch I yang mana ada 9 orang je Melayu, memang kami tak lepas peluang untuk sambut birthday member kan, lagi2 perempuans yang sangat peka dengan birthday kawans. 

Birthday pertama disambut adalah Aina Murad iaitu 30hb Oktober
AINA MURAD
Hambek kau! Aina makan kek pakai chopstik
    ANNIS ZULKIFLI 
14 DISEMBER
Birthday Boy yang looser!
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, birthday I tidak disambut seperti mana yang patutnya disambut. Dalam kisah sebenarnya, I dah lama tak disambut birthday apatah lagi nak dapat cake and gifts. Masa I form 5, I sambut dekat maktab (MRSM PASIR SALAK). jadi untuk mengelakkan kesedihan pada hari lahir, I kirim dekat junior yang ada pergi trip Langkawi, suruh beli Choc Box. Lepas tu kawan-kawan wish masa kat kelas, rakan karib I, Syazwan Yazit orang pertama wish I.

Masa I 18 tahun, I sambut birthday dengan family, 2 hari sebelum I daftar ke INTEC UITM Shah Alam. Birthday disambut secara suram sebenarnya sebab masa tu I macam berkabung sebab nak pergi masuk U dah. Sengal betol kau!
Masa I 19 tahun adalah yang paling tragis. I bangun pagi-pagi kemudian terus skype dengan familik, dan family I pun wish I. Sebak la kan jauh-jauh sambut birthday sorang-sorang. Malam b4 birthday I diwish oleh rakan2 karib di Malaysia, Syazwan Yazit dan Fatin Syaqirin. Sebenarnya I hidekan birthday dekat FB sebab nak tahu sapa yang tau birthday I tanpa notification. sekali lagi kau gelabah kau diva.!
Pagi selepas skype dengan famili, I keluar sorang-sorang nak celebrate birthday I dekat Balshaya Prakrovskaya. Makanlah kau pizza sorang-sorang!
Kemudian I dapat mesej dari senior, katanya nak celebrate birthday I. So I pun layan je la. Ajak je la kawan-kawan yang lupa birthday I makan sesame. So makanlah pizza sekali lagi dalam celebration tu dan bersama terselelit Cheese Cake. TQ semua. muah!
Cuma I tunggu... mana kawan-kawan I yang satu batch??
Bukan kite suke sambut birthday sama-sama ke?
Cake ni MAHAL. harga dia boleh sara anak bini kau paham tak deq?
kek ni sahaja yang menjadi saksi yang I sambut birthday sorang-sorang. Nasib baik kek sedap. kalau tak sedap memang I campak kek ni kat orang Rusia.

Kesedihan juga terubat dengan hadiah kepada diri sendiri. Ni lagi gelabah kau, sangap birthday ke yop!
Hambek kau! Tanak sambut birthday aku sudah!
Namun, dalam kesedihan yang sebenarnya tak payah sedih sangat, I sebenarnya lebih menghayati pengorbanan Bonda I yang melahirkan I. Dalam kesedihan yang I pikir yang I tak ada orang nak sambut birthday I, terpikir sejenak mengenai kronologi hidup-hidup I dalam alam bayi, susah senang I dilahirkan semua. Itu sebenarnya yang lebih penting.
Hari Jadi, perlu kita ingat pengorbanan Ibu kita melahirkan kita pada tarikh tersebut... ayuh jangan bersedih kalau anda semua senasib I. Pada hari lahir kita, sebenarnya ada insan yang merindui kita. Iaitu ibu kita. Ibulah yang paling seronok pada Hari Jadi kita deq...
Allah juga pernah berfirman, ingat mati mu, ingat kelahiranmu. Ayuh ya.. (mcm indon dah), kalau uols senasib I, tak ada orang wish, maka seronokkan diri sendiri dengan sambut sendiri  dan mengingati Ibu kita..

tanggal 24hb Feb, hari jadi groupmate I, Khadija Essa, dari KENYA kauuu!
KHADIJA TAK RETI PEGANG PISAU!
May Allah puts His grace on you. 

Kepada diri sendiri, tahun depan sambut camni lagi... tragislah lagi!






    Wednesday 23 February 2011

    Tabiat Selepas habis Test

    Hai sayang2 semua, (gelabah la kau), seperti biase budak medik sangat sibuk, sampaikan blogspot pun dah lupe yang I ada hutang blog kat dia. Kali ni entry I pakai I. (selang seli dgn Saya). Dalam kesibukan menelaah subjek-subjek medic yang hari-hari memamah mayat, dan sekarang topik anatomy adalah Brain dan kaum kerabatnya, I dan groupmates (adalah kelas sebenarnye) terlampau lah banyak test. lukis itu lukis ini. hafal terms tu, sume segala bagai, pening kepala, gaduh dgn makcik russia atas bas, penat dan segalanya.

    Isnin ari tu I lalui test pertama untuk subjek2 dalam sem 2 ni. Alhamdulillah markah sangat lumayan, 5. which mean 100%. untuk pengetahuan adik-adik sekalian, Russia ini sangat pelik sistemnya, grade dia 1-5. kalau dapat 5, maknanye kau hebat deq, kalau kau dapat 1 kau balik Malaysia la babai. Dimaklumkan juga, kalau lah soalan ada 100, lepas tu salah 2,  dapat  terus dapat 4 (Good), means dalam 80%. Lepas tu kalau kalau soalan 10 pun mcm tu jugak. maknenye dapat brape? 4 jugak. Pelik. soalan banyak, tp kalau salah lebih dari 4, terus fail deq. 

    Tapi yang bagus nye tuan-tuan puan-puan, kalau fail exam, boleh repeat banyak kali. tak ke akan kita jadi rajen? tak gittew?. Selepas test, selalunya I akan celebrate mcm orang dah grad. I dan kawan akan lepak di Sushi, contohnya Tinkof (di Operny Teatr) dan Yakitoria (di Ulitsa Ashkhabatskaya sebelah Ulitsa Gorkovo). Tu je lah nak menggumbirakan hati yang lemau sebab test susah bagai dan salji yang tak reti-reti nak cair, degil (SEDEGIL ORG RUSIA)

    Shashlik: sejenis ikan bakar dan salad
    ni sume orang tau occay? tapi ni sushi belut
    muka study kan?







    Saturday 5 February 2011

    Salzburg, Austria

    adi pagi tu dalam jam 10 kami bertolak ke Salzburg; Austria menaiki OBB train. di Haupbahnhof.

    Sambil melihat salji, sambil pegang rambut


    mase saya nak naik train ada pakcik tahan dengan kindlynya, rupenya dia nak pergi salzburg juga tapi x ada ticket. mujurla kan kami beli tiket 5 persons (group ticket),
    Pakcik ni la yang nak kongsi ticket tu.Die kind jugak 

    jadi boleh masuk die sorang lagi. and dia byar kami dalam 7 euro. di Salzburg, memang menguji kesabaran, sebab sangat sukar nak cari hostel. tanya orang ni, orang ni tak tau, ty orang ni orang nih bagi direction merapu, tanya lagi, siap bagi bpe meter, 100m then turn right, on the left side.. dah macam GPS occay?. jadi last2 berkat kesabaran saya kononnya (lagi tak boleh bela (blah) saya tak ada map, jadi memang merapu la kan masa jalan. sangat halam (halal+haram) mase itu), jumpa jugak hostel. di Paracelcustraße. Jadi lepas check in kami keluar beli ticket train untuk ke Vienna. Dan sempat beli baju untuk adek saya yang nak masuk universiti tuh-*ayat mcm makcik2 tak?. Kemudian kami berjalan mencari Mozart Birth Haus, and dapat la jugak sampai ke Walking Street yang namanya tak ingat. Di situ sangat lawa bagai sebb belakang dia ada gunung, atas gunung ada castle yg sangat besar, diselaputi salji2 nipis. kawasan walking street dipissahkan oleh sungai yang besar yang saya kira sangat lawa, sbb background dia gunung salzburg kan. Seperti biasa beli sovenirs, ada satu kedai ni, makcik tu memuji, 'malaysian, good people'. bangga sket occay?. pas tu dia kata nice black hair. saya memang teruja habis sebab diorang tau pasal malaysia. kemudian kami ke kawasan pakistan di salzburg untuk makan. kami singgah di Billa. depan masjid pakistan. makan2 la nasik beriyani kambing yang harga die sama seperti sejaket  Zara- seperti makan jaket zara. malam tu kami tidur dengan tenang sebab kenyang dengan makanan sakit jantung.

    Friday 4 February 2011

    Jauh sudah perantauanku.(Edisi Moscow-Latvia-Munich,Germany)

    Jauh sudah perantauanku.(Edisi Moscow-Latvia-Munich,Germany)

    by Muhammad Naqiuddin Rozman on Tuesday, 01 February 2011 at 23:42
    Salam kepada pembaca blog  saya ni ye, lama tak tulis blog, saja buat kejutan-kejutan strok. kelepap, kelepap.. saya kembali menulis ,saya student medic di Nizhny Novgorod State Medical University Russia. jadi ni tahun pertama saya berada di negara orang, tmbahan pula berada di Rusia kan, yang mungkin memangkinkan kesakitan jantung atau strok seketika.tett. jadi ni notes pertama saya di negara orang setelah senyap menaip blog Vogue ku Tawaduk. Semasa saya menaip ini ye, saya berada di Berlin, Germany bersama teman seperjuangan medical, merangkap jua sahabat2 dalam usrah Mujahid Muda. (nama usrah saya).
    Jadi setelah 5 bulan berada dalam sem pertama, setelah exam chemistry, saya bersama sahabat membuat perancangan ke 6 negara eropah iaitu jeng3, Latvia,Germany,Slovakia,Hungary,Czech dan Austria. Nama tak la segah negara mcm Italy, France, Spain dan UK yang woowww wooowww tu. tapi ada keenakan yang saya nak kongsi dari setiap negara saya jejak ni. occay kan?

    Bermula pada 21-1-11. saya dan sahabat naik lah train lajoo dari Nizhny Novgorod ke mOscow. semalaman jugak dalam tu kan sehingga membatu bontot2. tapi katil die best.-tu je nak citer pasal rusia. lain no comment.


    jadi hari berikutnya masih di moscow, di Airport Domodedovo, saya terbang ke Riga Latvia menaiki Air Baltic. Perjalanan mengambil masa dalam beberpa jam. dan ketika di Riga, sungguhlah saya  terkejut apabila masyarakatnya ramai berbangsa rusia. hendakku lari daru rusia, rusia jua ku jumpa. tett. tett. Namun diingat semula, ini adalah europe ye tuan-tuan dan puan-puan. barulah saya paham, ramai russian yang menetap di Latvia, dan sebahagian lagi adalah org latvian sendiri. jadi saya tak ada masalah komunikasi sebab ada 2 option, Russian or English. Oh, masyarakat sini sangat ramah walaupun mereka adalah berdarah russia, ramah dan suke akan pelancong sbb setiap kali jalan, ade sahaja sahutan, hai, hai,. Oh russian yang sebenar tak semua begitu ya. Dan di sini saya berkenalan dengan seorang Poland. dan beliau memuji Malaysia, "malaysia grows very fast".
     Tuan Hanep dan Saya (DULU pakai I)



     3 Heroes

    Kemudian saya bergerak ke Munich( Monaco, Munchen), Germany.Bersyukur sejenak sebab ada Musolla di Airport Munich. Solat dan tenang. Di sini dalam hostel, dan spesifik lagi, dalam bilik yang sama, dormmates, mereka adalah Korean, Brazilian,American. Banyak cakap tapi sgt nice. So masa saya mengamati peta Munich ,rakan dari brazil Roberto, -oh ini bukan jantan yang lady gaga mention, tanya kenapa saya tengok peta. saya kata Im lookin 4 interestin places. dia berkata, 'ya2, you should try dfrent beers and gurls downstairs aha'. oh takpe die tak tahu kan. Jd di Munich, saya berjalan di Marienplatz, Haupbahnhauf,Stephenplatz, Olympics. great sangat terutama dekat Marienplatz sebab boleh shopping kan. Pas tu asyik lagi kat BMW nye musseum dan seumpamanya. makanan pulak sangat tiada masalah,saya makan di Restaurant Uyghur, kebab dan nasik Hanchinn serta sedikit manisan. Ketika di sini antara budaya saya nmpk adalah budaya ramah la. kami pegang peta je, tiba-tiba ada makcik datang terus tanya nak ke mana. lepas tu budaya naik train tak berebut, yang mmg budaya eropah, walau secompact mana pun train. Kemudian budaya naik basikal. Mantap sunggoh ye orang-orang germany tak kiralah kau datin ke diva ke. basikal tu sangat green earth di German.- bak kata Ayahanda saya.Seperti biasa dan terbiasa pula, Zara adalah kewajipan, namun 2 kali saya jejak, mesti tutup. sbb munich tido awal, dalam jam 18 bandar mula senyap. jadi saya hanya sempat singgah beli t-shirt Hard Rock Cafe Munich bersama sahabat saya yang memang mengumpul baju2 tersebut.

    Tuesday 9 November 2010

    Diriku, Test.. oh Test..

    Dalam dunia ciptaan Allah, keadilan-Nya ditafisirkan sebagai semua manusia memiliki apa sahaja yang diberikan, ada yang diberikan beg Louis Vuitton kerana haknya, ada juga yang memiliki motor kapcai kerana haknya... oh seperti ustaz vogue..

          Jadi mahu I ceritakan hari ini I melalui hari kesabaran semula iaitu, yang pertama, I dapat jawab test Biology. Alhamdulillah. Namunm oh ade namun pulak, dalat markah dalam 3-4 mcm tu sebab jawapan I tak lengkap walau banyak betolnye. Jadi Prof  itu dengan gelabahnya menyuruh I menjawab soalan spontannya sambil berkata akan menaikkan grade kalau dapat jawab. Oh simple nya. Namun,,,oh ade namun lagi kan, dia tanya soalan pertama, I dapat jawab dengan sebetulnya. Bagus. Lepas tu dia tanya orang lain pulak soalan yang berbeza, orang dapat jawab jugak. Tapi akhirnya, oh sangat berduka, dia tanya I sekali lagi, ok fine boleh jawab., kemudian tanya soalan lagi. I pelik hari ni, 3 soalan untuk I tapi akhirnya dia berkata: Next week I will ask you back, and you will get 4. Sigh.!! ada saje kawan I jawab sekali ke terus dia bagi markah. Dalam hati teringin menyumpah mengilai, namun ini pada perspektif negatif. 

         Dalam perspektif positifnya, I belajar pakai hati, I tak tanya orang sebelah atau orang lain tentang soalan I pun, walau soalan I lebih kurang orang lain. I berlaku jujur dan masih tawaduk. TIADA TIRU. I belajar bukan untuk lepas test ni sahaja ok, I belajar untuk I praktik. Jadi, I tak la kesah sangat bila orang lebih markah, I kurang markah ke, I kene repeat test ke, sebab I tau I bukan baca terus ingat. Isu keadilan Allah terbukti bila I punya cara berbeza dengan orang lain, orang lain last minute baru nak baca dan terus ingat dan cemerlang, dan I banyak ulang tapi kekadang ade jugak tak ingat, tapi selalunya akan ingat lama. I ada nota, I ada diagram. Cara manusia berbeza. Tengoklah Prof tu, dia judge kawan I lain, jadi dari sudut dia mungkin dia rase kawan I lagi smart dalam study. Walau I akan ditanya lagi sekali nanti, maknanya I akan ada lagi satu initiative untuk revise balik semua. Bukan ke tu satu keadilan yang Allah susun utk hamba-Nya?  

         I kat Russia ni semakin hari semakin berfikir mengenai watak manusia. Bagaimana manusia berinteraksi dan perkaitannya dengan emosi manusia. Kemudian I kaitkan pula dengan Maha Pencipta. Benar di sini I lebih terdiam, nak mengharapkan kawan.. I belum lagi berteman rapat. Jadi teman I yang paling setia adalah Kalamullah. Keluarga di Malysia juga penenang hati yang luruh. Blog juga tempat I menitiskan perasaan. Kawan-kawan di Malaysia juga yang memberi hiburan dikala sunyi. Oh diriku..