Tuesday 9 November 2010

Diriku, Test.. oh Test..

Dalam dunia ciptaan Allah, keadilan-Nya ditafisirkan sebagai semua manusia memiliki apa sahaja yang diberikan, ada yang diberikan beg Louis Vuitton kerana haknya, ada juga yang memiliki motor kapcai kerana haknya... oh seperti ustaz vogue..

      Jadi mahu I ceritakan hari ini I melalui hari kesabaran semula iaitu, yang pertama, I dapat jawab test Biology. Alhamdulillah. Namunm oh ade namun pulak, dalat markah dalam 3-4 mcm tu sebab jawapan I tak lengkap walau banyak betolnye. Jadi Prof  itu dengan gelabahnya menyuruh I menjawab soalan spontannya sambil berkata akan menaikkan grade kalau dapat jawab. Oh simple nya. Namun,,,oh ade namun lagi kan, dia tanya soalan pertama, I dapat jawab dengan sebetulnya. Bagus. Lepas tu dia tanya orang lain pulak soalan yang berbeza, orang dapat jawab jugak. Tapi akhirnya, oh sangat berduka, dia tanya I sekali lagi, ok fine boleh jawab., kemudian tanya soalan lagi. I pelik hari ni, 3 soalan untuk I tapi akhirnya dia berkata: Next week I will ask you back, and you will get 4. Sigh.!! ada saje kawan I jawab sekali ke terus dia bagi markah. Dalam hati teringin menyumpah mengilai, namun ini pada perspektif negatif. 

     Dalam perspektif positifnya, I belajar pakai hati, I tak tanya orang sebelah atau orang lain tentang soalan I pun, walau soalan I lebih kurang orang lain. I berlaku jujur dan masih tawaduk. TIADA TIRU. I belajar bukan untuk lepas test ni sahaja ok, I belajar untuk I praktik. Jadi, I tak la kesah sangat bila orang lebih markah, I kurang markah ke, I kene repeat test ke, sebab I tau I bukan baca terus ingat. Isu keadilan Allah terbukti bila I punya cara berbeza dengan orang lain, orang lain last minute baru nak baca dan terus ingat dan cemerlang, dan I banyak ulang tapi kekadang ade jugak tak ingat, tapi selalunya akan ingat lama. I ada nota, I ada diagram. Cara manusia berbeza. Tengoklah Prof tu, dia judge kawan I lain, jadi dari sudut dia mungkin dia rase kawan I lagi smart dalam study. Walau I akan ditanya lagi sekali nanti, maknanya I akan ada lagi satu initiative untuk revise balik semua. Bukan ke tu satu keadilan yang Allah susun utk hamba-Nya?  

     I kat Russia ni semakin hari semakin berfikir mengenai watak manusia. Bagaimana manusia berinteraksi dan perkaitannya dengan emosi manusia. Kemudian I kaitkan pula dengan Maha Pencipta. Benar di sini I lebih terdiam, nak mengharapkan kawan.. I belum lagi berteman rapat. Jadi teman I yang paling setia adalah Kalamullah. Keluarga di Malysia juga penenang hati yang luruh. Blog juga tempat I menitiskan perasaan. Kawan-kawan di Malaysia juga yang memberi hiburan dikala sunyi. Oh diriku..

Monday 8 November 2010

Hari Demam: Harus tiada lagi mendiva

Demam dan Kesan

Kesannya menjadi seorang yang rajin dan diam

Kembali kepada Allah. Alhamdulillah

Sunday 7 November 2010

Oh Membasuh Lantai Seperti Suri Rumah

Alhamdulillah hari ini I telah menzahirkan rasa sayang dan hormat terhadap komanden. Isunya I basuh ricecooker, so I letak dalam sink tu, I biar jap. 3 minit lepas tu, jeng jeng jeng! terlihatlah kolam mandi buatan kealpaan dan kelekaan, penuh air atas lantai dapur.. Wahh!! I lupa nak totop air dan lobang sink tu ditutupi ricecooker kesayangan I tu. Demi menjaga maruah dan aib diri, I telah meminta mop (yg mcm smart shop nye produk tu. bukan la sebuah mop), dan baldi. Dengan rasa sopan dan tawaduk nya I mengelap lantai sambil melenguh-lenguhkan badan, I pening sikit ari ni sebab salah tidur gamaknya. Lepas tu tiba-tiba jiran I orang Maldive, datang menjenguk I, dan dia kata normal. Ingatkan nak tolong, rupanya isap ciggreta pulak. Memang lahanat betol dah la I sakit kepala, dia isap rokok pulak. (Rokok tu buadaya kat Russia ni tau :) ). Lepas lap lantai dengan cara yang berhemah dan penuh rasa syukur sebab tak la banjir macam kat Kedah Perlis sekarang, I memasak. Sambil pening-pening, rupanya Ayam Kicap I terlebih masin. Lagi la pening.... Sigh
Gaya saorang model membasuh swiming pul

Saturday 6 November 2010

It was my Jahiliyah

All are in my shit myspace, which brought me to social ill and now be grateful, I'm in Russia

gaya hip hop konon!

Gaya cute konon!

Gaya mencarot konon!
Pelumba basikal konon!

BWP tercorot!

Pondan Bunga

Casanova

Ganster

CEO

Oh Sunggoh Berjimat Untuk Grooming

 Oh sangat bersopan kerana menggunakan produk yang sederhana. Inilah zuhud 


Friday 5 November 2010

Pizza Yang Bersusah Payah

Hari ni seperti biasa la deq, cuti lagi kan Akademi bagi cuti tapi kena pulak ganti next week hari sabtu dan habis dalam pukul 2000 gitu. Pengsan lagi ok?. Jadi I cadang nak buat Pizza memandangkan nak legakan hati yang suram ni, dan nak lepaskan dari belenggu keboringan yang teramat sangat. (cikgu bahasa melayu sila jagan komen ye : )) Jadi I lepas solat Jumaat kat Ploshad Sennaya, I senggah la Real, ( tempat dia ma cam Tesco or Giant) memang gempak sikit nama die dalam ENGLISH. awesome sangat. Dalam tempat tu I pasang niat nak beli barang-barang murah la kan, nak jimat konon padahal nak buat Pizza Pizzu, mahal jugak barang-barang. Siap beli timun lagi, pekehe I pun tak tau, Pizza Timun boleh kan?. Masa nak bayar kan, jeng jeng jeng! Makcik Russia kat cashier, cakap ape ntah I tak paham sangat, tp gaya macam suruh letak bakul beli belah tu, so I yang tak paham sangat ni letak la atas tempat nak bayar tu. Dush!!, makcik sewel tu jerkah I, kata apa ntah I tak paham lagi,. tettt. Rupa-rupanya suruh letak kat bawah meja cashier. Sangat ramah makcik itu sehingga ingin I memberi nikmat sepakan I. Lepas I bayar, baru I sedar yang I bawak satu plastik je. Then barang memang banyak Allah sahaja mengetahui. Bermulalah drama I mengendong plastik gemok macam filem ala-ala orang kampung bawak anak terkendong. Then I naik bus lah, dan tido. yipppeeeeee. Nikmat bahagia weh sebab bila I tido, I tak sedar sape kat sebelah so tayah la susah-susah bangun bagi senang-senang je kat orang lain duduk. Penat ok? Balik hostel, I terus skype dengan family kat Malaysia. Malam tu dalam pukul 530 petang (malam ok?), baru I terhegeh-hegeh nak bancuh yeast dengan tapong. Lepas solat isyak kat Hostel 1, I pun gelabah balik bilik I kat hostel 5, notice sikit I makan nasik lemak ayam rempah kat bilik senior jap. then I start la bakar membakar Pizza. Oh Zahiah yang menolong.., menabur.. membakar.. dan mengumpat..





Sunggoh berjimat ye dek
Plastik mantap untuk pizza I yang mantap. ewww 

Oh bersama Zahiah membakar Pizza


Thursday 4 November 2010

Jalanku Bertasbih..

       Bacalah dengan nama tuhanmu, yang menggerakkan jari-jemarimu, yang memperlihatkan kekuasaan-Nya melalui pandangan matamu yang membaca, yang meniupkan akal fikiran yang memahami kalam ini, yang menampung kamu dia atas tanah-Nya yang tidak meninggalkan kamu dalam kegelapan, yang menerangkan nur agar kamu dapat menemukan Jalanku Bertasbih..


Selesai membacakan kalam Allah, aku terus ke sebuah taman.. menikamati zarah-zarah kelembutan.. terus menusuk ke paru-paru ku... bertasbih menepati suruhan Allah hingga sampai ke arus-arus darah. Kelembutan dan ketelitian atas sifat Al-Latif dan Ar-Raqiib, maka berpusus-pusu darah mengalir ke jantungku sambil mereka bertasbih bersama-sama tidak pernah mengeluh kepenatan dalam salurannya, "Tiada Tuhan selain Allah, kami berserah pada Mu Al-Muhaimin, Maha Menjaga, Mengawasi, Memerintah dan Melindungi semua makhluk. Kami makhluk Mu Ya Allah, kami bertasbih padamu agar manusia ini hidup, terus mengagungkan Mu Ya Allah, dan jadikanlah manusia ini lembut di hatinya selembut pergerakan kami ke jantung ciptaan Mu Ya Allah"

Ya Allah, aku terus berasa malu Ya Allah, ketika aku menghidu menghembus udara Mu, ada yang sedang bertasbih walau tidak ku atur mereka agar menusuk ke peparuku. Ya tuhan, inilah tanda kekuasaan Mu, yang memberikan aku hidup melalui udara yang kau sampaikan terus kepada aku, tidak pernah udaramu berpaling tadah dari mendekati aku, tidak pernah udara melanggar sifat mu Ad-Dharr Pemberi Manfaat. Tidak pernah lari dari aku, inilah ketaatan makhluk mu Ya Allah.

Aku terus bersujud menghidu bumiMu, malu yang tidak dapat ku hitung, banyak mereka yang berbangga kerana mereka bertasbih di akal dan bukan di hati. Yang ditasbihkan hanyalah ilusi, hanya bibir yang berkata, tidak sampai kekal di hati. Bertasbih tanpa mengenali tuhan mereka. La ilahaillah mudah dibaca, Manusia hanya membaca tanpa mengenali tuhannya. Inilah saksi dan ucapan sembah kepada Tuhan, mengikat tanggungjawab bahawa Dia lah yang kita sembah setiap detik. Sekecil udara yang tidak pernah kita aturkan sampai ke tubuh kita, turut bertasbih menyembah Allah, tidak pernah mengeluh walau manusia yang didekatinya, bergelumang dosa. Maka berpeluklah udara pada manusia.

Terlalu besar yang ku dapat ungkapkan, hanya berada di sebuah taman, hanya menghirup udara. Belum ku ceritakan pergerakan tanganmu, tidak lagi ku ceritakan pergerakan bibirmu. Hanya yang ku ceritakan adalah udara yang kau rasai. Maka mengakulah kita bahawa, Allah dekat dengamu. Dialah yang menyampaikan udara pada dadamu...
 p/s: sopan dan tawaduk

"Abah.. bagilah balik tangan Ita".

by Mentari Hidup on Thursday, 28 October 2010 at 20:41

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)


Zoo Depan Hostel Yang Menggiurkan

Hari ini sepatutnya holiday russia yang I sendiri tak pasti holiday untuk apa, tapi satu Russia cuti. Jadi Meditsinskaya Akademiya bagi cuti sampai Ahad. Cuma ade kelas yang sepatutnya untuk next week, tapi Tatiana nak sangat buat kelas awal. Jadi seperti biaselah I pergi kelas yang dalam 3rd Hostel, dekat je dengan hostel I, notice sikit yang I pergi sorang-sorang sebab biasa la betapa tiada qaseh sayang roomates kan.

Sebelum pergi kelas tu I santap dulu nasik cendawan cendawin yang hala-hala nasik minyak, peh tu simbah dengan kari daging yang first time I buat tu, yang tak bermoral sebab I gune Olive oil yang mahal untuk tumis. Pas makan I terus gerak ke 3rd Hostel. Sebenanye I pun malas tau nak pergi kelas sebab holiday tetap holiday kan uols. Tapi pagi tu mula-mula kelas macam suram tau sebab kawan-kawan I sungguh menggelabah tak nak proceed kelas Russian. So mase recess I gi Produkty sikijap nak beli Ice Cream yang sangat damn rasa dia mcm terbang-terbang kat surga sebab tasty sangat. Masa I nak masuk balik kelas, sunggoh gelabah kawan-kawan I kate nak pergi jalan-jalan jugak, dan Ibu Tatiana ( cikgu russian je pun yaww). 

So kitaorang siap-siap and jalan la kat sepanjang Ulitsa Meditsinskaya tu. Tiba-tiba, jeng jeng jeng, dia tanye la yang I dah beli ke baju-baju winter and kasut-masut winter, I kate la belom makcik. Pas tu dia ajak masuk Odezhda, yang mana kat situ ada banyak baju-baju yang I suka Topboi ( derived from Topman) Zoro (derived from Zara) dan Loi Vitong ( LV ala-ala diva lahanat). dusta lagi kau diva!. 

Pas habes beberapa minet yang berapi, kami terus ke Zoopark yang terletaknya di Tsentralny Park. Kat sana bermulalah zaman ala-ala babies, naik Eye on Nizhny ..kelepek. yang macam nak runtuh tu. I dapat naik dengan Gurls, so betapa bengit dan hectic bila naik, 60 ruble tu uols, So I kene la guna betol-betol bila kat atas wheel tu. amik gambar dan kecoh macam makcik-makcik. Lepas naik roda tu, kami jalan ke Zoo yang gayanya macam  New York City Cetral Park Zoo, tapi tradisional sikit la dik nun. banyak jugak hewan-hewan yang bulu-bulu menggiurkan, Unta, Fox, Tiger and Skuns. biasa tak hewan-hewan ni? Malaysia pun ada dik. siap cap Malaysia lagi. Pas jalan-jalan dengan puas nafsu tengok hewan, I Hanif,Teng pergi depan building Bufeka, shoot photos jap. Sejuk tu jangan bilang ok?


P/s: I ngah staring kat wolf (taylor lautner), bulu U I amik buat baju ok?

i Lambat dan mewah?

Friday, 8 October 2010

i Lambat dan mewah?


OK motif pertama lepas solat jumaat kat Ploshad' Sennaya, nak balik la, tp pas tu Abg Hazim ajak gi eldorado jap kat Shokolod'. pas tu rase lapar boleh tak ?? sebab berakfast aku makan cornflakes ngan susu kuda je. then pi Torgovy Tsentr kat Operni Teatr, makan la kat Tinkoff- restaurant paling famous ok?? pas tu order la lunch set ni. Sedappp!!!! ade oyster, ade telur, ade nasik, ade shushi, ade sup, ade seaweeds, ade kuah peanut, ade pe lagi tp ade mcm2 la. semua dalam satu set, ok?? ahah. sedap gle sampai rase nak bunuh diri. harga sume dalam 350- ruble. and then pas makan dalam kol 4, kterang kluar., (notice kat sini kelas kol 430), so keluar2 je dr tmpt tu!!!! jeng!!!!!! jeng!!!! jeng!!! jam!! tp sempat la aku n abg hazim n engku, naik la Tramvai... pas tu.. JENG!! die stuck dalm 5 mins. kterang turun dr Tramvai je, trus jalan....waaaaaaahhhhhhhh!!!!! (ni nanges tau), gle panjang jam, dalam 4 km aku kira. aku jalan dalam 2 km. nak kate penat, tak la penat.. tp ade lah jugak kaki nak patah, pas tu rse nak pengsan pas tu rse mcm nak dok tengah jalan biar bus langgar.. bayangkan i notice balik kelas kol 430. ok pas tu jalan la smbil lari, aku ade gak rase mcm ala-ala gaya gempa bumi kan, sbb hectic sgt mase lari tu, org pun pelik. pas tu dapat la bus,. alhamdulillah. seniors2 kate, ni la jam paling dasyat, (rusia mmg ske jam trutama tmpt maju mcm tmpt i- dtujukan kpd dak2 volgo). pastu nek bus smpi la ulitsa meditsinskaya. lari2 lagi smpi Bufeka, smpat masuk pas tu ckgu tu rmbut panjang, die baik. tak marah pun masuk lmbt. JAM PUKUL 500. dead..
 makanlah spuasnya dan laparlah ketika berlari..