Friday, 25 February 2011

Gelagat bayi Rusia dan Ibunya

Baby ni comel, kalau Rusia???
Kali kita menggelabah nak cerita tentang bayi-bayi rusia, ataupun kanak-kanak Rusia dengan ibunya. Dah lama I perhati hubungan antara ibu dan anaq-anaqnyah di Rusia, yang mana sangat pelik dan kadang-kadang lucu bagai. Isunya adalah orang rusia sememangnya dilahirkan dengan semangat kasar dan komunisnya. Kekasaran mereka adalah disebabkan oleh 75 tahun jajahan komunis dan tekanan. Maka, produknya adalah kasar, tak kesah la bayi deq, datin ke deq. asalkan memang orang rusia memang macam tu.

Bayi dan Ibu Rusia 1:
Seorang anak berjalan dengan ibunya, tanpa jalan tengok ke hadapan. Tengok ke hadapan je tau,  dan lantas Ibunya marah seperti warden penjara baru lepas cerai. "Ostorozhno!!" (be careful!) Dan tangan ibu terus memukul anak. 

Bayi dan Ibu Rusia 2:
Seorang kanak-kanak perempuan, yang sangat comel, dan I teringin untuk lambung-lambung dia sebab comel occay deq? Isu ini dalam bus, ibunya berdiri, bayinya duduk. 10 minit kemudian, bayi bangun dan buat-buat jelir lidah. "Shto esh'? Morozhenoe?" (makan pe? aiskrim?) namun nada si ibu sangat lemah lembut.. ha, ada pun lemah lembut sang ibu,.."Sadi, ne khochesh? devochka khochet saditsa." (nak duduk taknak? budak perempuan sebelah tu nak duduk.") tapi nada ni dah macam ahli sihir pulak. kan I dah kata, diorang ni kasaq tak gitew ke deq?

Bayi dan Ibu Rusia 3:
Sang ibu, melarang anaknya main tingkap bus, yang mana selalunya, salji akan timbul atas tingkap dalam bus. " Nelzya! Ne stirai!" (jangan bersihkan) kemudian anaknya menangis mendengar suara puaka ibunya, seperti dilayan oleh mak tiri  bawang putih. Baby berkata "Ladno, ya poedu domoi pishkom" (takpe.. saya jalan kaki balik rumah). Ibunya " Khorosho, a ya dayu tebe sneg". (takpe, mak bagi kau saji).tapi nada memang tak leh bla, cakap macam askar. Tapi lepas tu, dia usap kepala anak dia dengan lembah lembut. Ada lah jugak perasaan seorang ibu..kan? asyik macam hantu je, nak jugak lemah lembut deq..

Alhamdulillah, sekarang I dah boleh paham ape Russian cakap-cakap. Kalau mase first-first sampai, merangkak kau deq, terhegeh-hegeh nak paham pe diorang cakap. Siap kalau dia cakap ape, cara-cara utk buat-buat paham adalah mengatakan "Da" iaitu yes.

Kadang-kadang terdengar jugak diorang mengumpat pasal Asian. Terutamanya bila nampak Asian ni berbadan kecil molek comel macam I. Sesenang je dia nak lanyak. Tapi apa-apa pun, sangat seronok bila ada 3rd language. I rase dah ramai ada 3rd language kan.. tipu la kaw deq, abang kau ni tau kau baca Koran kan. mesti paham sikit2.

Yang pelik sini, pattern kanak-kanak bercakap, sama macam org besar cakap. Homaigucci! I sangat terkejut bile degar pattern baby bercakap adalah sama, cuma suara dia je kecik. Kalau di Malaysia, kita dapat bezakan style kanak-kanak, dan style dewasa. Wah, nak puji negara sendiri lebih-lebih, memang tak habis. 

Itulah melayu..  memiliki bahasa yang lembut.. cakap lelembut.. berkias .. puitis


















3 comments:

  1. macam kijam je mak dia..huwuwuw..nak nanges lah cmni..

    ReplyDelete
  2. NURFARHANA: realiti hubngan mak anak sini.. tp diorang sgt syg anak diorang, sebab sini limit anat 2 org je.

    ReplyDelete