Friday 4 February 2011

Jauh sudah perantauanku.(Edisi Moscow-Latvia-Munich,Germany)

Jauh sudah perantauanku.(Edisi Moscow-Latvia-Munich,Germany)

by Muhammad Naqiuddin Rozman on Tuesday, 01 February 2011 at 23:42
Salam kepada pembaca blog  saya ni ye, lama tak tulis blog, saja buat kejutan-kejutan strok. kelepap, kelepap.. saya kembali menulis ,saya student medic di Nizhny Novgorod State Medical University Russia. jadi ni tahun pertama saya berada di negara orang, tmbahan pula berada di Rusia kan, yang mungkin memangkinkan kesakitan jantung atau strok seketika.tett. jadi ni notes pertama saya di negara orang setelah senyap menaip blog Vogue ku Tawaduk. Semasa saya menaip ini ye, saya berada di Berlin, Germany bersama teman seperjuangan medical, merangkap jua sahabat2 dalam usrah Mujahid Muda. (nama usrah saya).
Jadi setelah 5 bulan berada dalam sem pertama, setelah exam chemistry, saya bersama sahabat membuat perancangan ke 6 negara eropah iaitu jeng3, Latvia,Germany,Slovakia,Hungary,Czech dan Austria. Nama tak la segah negara mcm Italy, France, Spain dan UK yang woowww wooowww tu. tapi ada keenakan yang saya nak kongsi dari setiap negara saya jejak ni. occay kan?

Bermula pada 21-1-11. saya dan sahabat naik lah train lajoo dari Nizhny Novgorod ke mOscow. semalaman jugak dalam tu kan sehingga membatu bontot2. tapi katil die best.-tu je nak citer pasal rusia. lain no comment.


jadi hari berikutnya masih di moscow, di Airport Domodedovo, saya terbang ke Riga Latvia menaiki Air Baltic. Perjalanan mengambil masa dalam beberpa jam. dan ketika di Riga, sungguhlah saya  terkejut apabila masyarakatnya ramai berbangsa rusia. hendakku lari daru rusia, rusia jua ku jumpa. tett. tett. Namun diingat semula, ini adalah europe ye tuan-tuan dan puan-puan. barulah saya paham, ramai russian yang menetap di Latvia, dan sebahagian lagi adalah org latvian sendiri. jadi saya tak ada masalah komunikasi sebab ada 2 option, Russian or English. Oh, masyarakat sini sangat ramah walaupun mereka adalah berdarah russia, ramah dan suke akan pelancong sbb setiap kali jalan, ade sahaja sahutan, hai, hai,. Oh russian yang sebenar tak semua begitu ya. Dan di sini saya berkenalan dengan seorang Poland. dan beliau memuji Malaysia, "malaysia grows very fast".
 Tuan Hanep dan Saya (DULU pakai I)



 3 Heroes

Kemudian saya bergerak ke Munich( Monaco, Munchen), Germany.Bersyukur sejenak sebab ada Musolla di Airport Munich. Solat dan tenang. Di sini dalam hostel, dan spesifik lagi, dalam bilik yang sama, dormmates, mereka adalah Korean, Brazilian,American. Banyak cakap tapi sgt nice. So masa saya mengamati peta Munich ,rakan dari brazil Roberto, -oh ini bukan jantan yang lady gaga mention, tanya kenapa saya tengok peta. saya kata Im lookin 4 interestin places. dia berkata, 'ya2, you should try dfrent beers and gurls downstairs aha'. oh takpe die tak tahu kan. Jd di Munich, saya berjalan di Marienplatz, Haupbahnhauf,Stephenplatz, Olympics. great sangat terutama dekat Marienplatz sebab boleh shopping kan. Pas tu asyik lagi kat BMW nye musseum dan seumpamanya. makanan pulak sangat tiada masalah,saya makan di Restaurant Uyghur, kebab dan nasik Hanchinn serta sedikit manisan. Ketika di sini antara budaya saya nmpk adalah budaya ramah la. kami pegang peta je, tiba-tiba ada makcik datang terus tanya nak ke mana. lepas tu budaya naik train tak berebut, yang mmg budaya eropah, walau secompact mana pun train. Kemudian budaya naik basikal. Mantap sunggoh ye orang-orang germany tak kiralah kau datin ke diva ke. basikal tu sangat green earth di German.- bak kata Ayahanda saya.Seperti biasa dan terbiasa pula, Zara adalah kewajipan, namun 2 kali saya jejak, mesti tutup. sbb munich tido awal, dalam jam 18 bandar mula senyap. jadi saya hanya sempat singgah beli t-shirt Hard Rock Cafe Munich bersama sahabat saya yang memang mengumpul baju2 tersebut.

1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.cc

    ReplyDelete