Friday 5 November 2010

Pizza Yang Bersusah Payah

Hari ni seperti biasa la deq, cuti lagi kan Akademi bagi cuti tapi kena pulak ganti next week hari sabtu dan habis dalam pukul 2000 gitu. Pengsan lagi ok?. Jadi I cadang nak buat Pizza memandangkan nak legakan hati yang suram ni, dan nak lepaskan dari belenggu keboringan yang teramat sangat. (cikgu bahasa melayu sila jagan komen ye : )) Jadi I lepas solat Jumaat kat Ploshad Sennaya, I senggah la Real, ( tempat dia ma cam Tesco or Giant) memang gempak sikit nama die dalam ENGLISH. awesome sangat. Dalam tempat tu I pasang niat nak beli barang-barang murah la kan, nak jimat konon padahal nak buat Pizza Pizzu, mahal jugak barang-barang. Siap beli timun lagi, pekehe I pun tak tau, Pizza Timun boleh kan?. Masa nak bayar kan, jeng jeng jeng! Makcik Russia kat cashier, cakap ape ntah I tak paham sangat, tp gaya macam suruh letak bakul beli belah tu, so I yang tak paham sangat ni letak la atas tempat nak bayar tu. Dush!!, makcik sewel tu jerkah I, kata apa ntah I tak paham lagi,. tettt. Rupa-rupanya suruh letak kat bawah meja cashier. Sangat ramah makcik itu sehingga ingin I memberi nikmat sepakan I. Lepas I bayar, baru I sedar yang I bawak satu plastik je. Then barang memang banyak Allah sahaja mengetahui. Bermulalah drama I mengendong plastik gemok macam filem ala-ala orang kampung bawak anak terkendong. Then I naik bus lah, dan tido. yipppeeeeee. Nikmat bahagia weh sebab bila I tido, I tak sedar sape kat sebelah so tayah la susah-susah bangun bagi senang-senang je kat orang lain duduk. Penat ok? Balik hostel, I terus skype dengan family kat Malaysia. Malam tu dalam pukul 530 petang (malam ok?), baru I terhegeh-hegeh nak bancuh yeast dengan tapong. Lepas solat isyak kat Hostel 1, I pun gelabah balik bilik I kat hostel 5, notice sikit I makan nasik lemak ayam rempah kat bilik senior jap. then I start la bakar membakar Pizza. Oh Zahiah yang menolong.., menabur.. membakar.. dan mengumpat..





Sunggoh berjimat ye dek
Plastik mantap untuk pizza I yang mantap. ewww 

Oh bersama Zahiah membakar Pizza


No comments:

Post a Comment